erm.. dulu masa sedara mara kawen aku tak dapat gambaran lagi tentang persiapan perkahwinan diorang secara keseluruhan nih. yela setakat bunga mangga,door gift, pelamin, khemah , hantaran dengan makan tu aku tau la, biasa la mana la nak amik tau sangat hal rumah tangga orang nih haha..haa sekarang dah kena batang hidung sendiri baru la aku tau betapa susah payahnya lah nak kawen ni.
so sekarang dah nak masuk bulan Febuari. bermaksud tinggal lagi dua bulan lagi untuk majlis pernikahan aku dan tiga bulan lagi untuk majlis persandingan (ermm..beza jauh jugak tu, tapi nak wat camna tarikh orang tua-tua pilih).
dan jeng..jeng..jeng.. belum banyak persiapan lagi yang siap.. aduhhh huhuhu ni yang buat aku lagi berdebar ni..
Ok here's are my checklist for the very precious day of my life
- Kursu pra-perkahwinan
- Borang Nikah
- Ambil di pejabat agama
- Salinan IC pasangan, wali serta 2 orang saksi
- cop pengesahan pemeriksaan HIV
- Salinan sijil kursus kawhin ( original pun nak jugak)
- extra - sediakan jelah ek, salinan IC ibu bapa, sijil kahwin ibu bapa
- Pemeriksaan HIV
- Borang Perakuan Bujang Oleh majikan
- Hubungi kadi untuk booking ( tok kadi sekarang bukan main 'busy' lagi )
Nikah (perempuan)
- Tempah baju nikah
- Mak andam / juru solek
- Bekas hantaran untuk 5 dulang
- Hantaran
- Hidangan selepas majlis akad nikah ( simple je lah dulu )
- Photoshoot nikah ( yang ni ambil member je sebab nak letak di banner masa majlis persandingan nanti) - save budget sama..
- Transport ke masjid
- Pastikan semua borang-borang di atas telah lengkap dan siap dihantar ke pejabat agama 2 bulan sebelum tarikh pernikahan.
- Cincin Nikah
- Bagi pihak lelaki - sediakan mas kahwin ..hehe
Majlis Perkahwinan (Perempuan)
- Tempah baju kahwin
- Mak andam / juru solek
- Tempah kad kahwin dan Banner serta bunga mangga untuk petunjuk jalan.
- Tempah doorgift
- Bunga telur
- Bunga pahar
- Hantaran ( 7 dulang )
- Bekas hantaran
- Booking Dewan
- Booking wedding planner which is in my case the package include as shown below :
- makan untuk tetamu (buffet)
- makanan pengantin
- hiasan pelamin
- hiasan meja pengantin
- red carpet
- pintu gerbang
- photographer
- DJ
- Wedding Cake
- waiter and waitress
- All decoration are using fresh flower
11. Tempah Kompang
12. Flower Girl ( amik sepupu sepapat yang kecik2 jer )
13. Mentara (untuk bagi doorgift pada tetamu)
14. Penyambut tetamu
15. Sediakan Transport untuk rombongan pihak lelaki
16. Sediakan penginapan untuk rombongan pihak lelaki
So I guess that's all kot so far..erm nanti kalau ada sebarang penambahan insyAllah akan di update kan..hehe harap-harap sedikit sebanyak dapat bagi idea untuk orang lain yang bakal berkahwin nanti.. setakat ni baru 40% yang dah siap..huhu sadisnye dengar..perasaan sangat takut.. tapi lusa dah nak balik umah untuk settle kan bannyaaakk lagi benda hopefully semuanya berjalan lancar aminnn.....